JellyPages.com

Saturday, 10 October 2015

kenapa memilih bidang perubatan?

Assalamualaikum. 

Di kesempatan ruang dan peluang yang terluang ini, hendaknya miya membuat satu entry iaitu kenapa memilih bidang perubatan?


Semenjak miya menjejakkan kaki ke msu sebagai pelajar tahun satu perubatan, terlalu banyak persoalan ini bermain di cuping telinga.

"weyh, memang mitak medik sini eh? memang tak apply mana-mana dah?"
"miya ni memang minat medik eh? kenapa tak apply IPTA?"
"memang minat sendiri nak jadi doktor ke parent suruh?"
"kenapa ambik kos ni?"
"kenapa nak jadi doktor?"

ini lah antara soalan yang sering berlegar-legar bermain di telinga. penat otak nak menterjemah bait-bait pertanyaan mereka. bermula dari orientasi dengan universiti, menyusul orientasi dengan fakulti seterusnya dengan senior. inilah major question mereka. 

so, kat sini miya nak menjawab sedikit. sebenarnya, minat nak jadi doktor ni datang masa form 4 lagi. masa ni tengah belajar subjek biology dengan cikgu Azliza. bila start belajar, mula kenal mitochondria, ribosomes, golgi apparatus dan semua bagai tu, rasa takjubnya dengan ciptaan Allah s.w.t. start dari situ lah minat tersimpan untuk mendalami ilmu medik; ilmu berkaitan manusia. Niat hati nak meneroka ciptaan Allah yang sungguh menarik. 

namun, apa yang kita minat, belum tentu menjadi milik kita kan? Allah uji miya dimana semasa result spm keluar, miya tak dapat keputusan cukup cemerlang untuk menempah tempat di asasi apatah lagi untuk membuat persediaan ke overseas sebab ada satu subjek chemistry mendapat kredit sahaja biarpun subjek lain cemerlang. orang cakap masuk asasi nak buat medik senang. bila senario begini terjadi, cita-cita hampir terkubur. tetapi benar lah orang cakap setiap kekecewaan pasti ada ubatnya.

Miya kemudian mendapat satu tawaran menyambung pengajian dalam perubatan di egypt. universiti mansoura. Hati memang happy sangat. tetap sekali lagi langit tak selalunya cerah. Ayah tak izinkan pergi ke sana sebab waktu tu, mesir mengalami satu krisis yang besar. so, tinggal lah dua tawaran pengajian lagi iaitu matrikulasi dan diploma sains.

orang cakap dua-dua ni memang boleh sambung medik. tetapi hati cukup kuat mengarahkan untuk menyambung diploma sains. Ayah pun setuju. Jadi, miya pun pilih lah diploma sains uitm. biar lambat asal selamat. 

selepas tiga tahun belajar, Allah sekali lagi menguji kekuatan hati. permohonan pelajar diploma sains dalam bidang perubatan ke universiti makassar di indonesia dinaik taraf syaratnya. Pelajar perlu mendapat SPM sekuranya 5B. start dari situ, impian nak sambung medik memang dah terkubur. cukur lah minat itu tertanam dalam diri sendiri

namun, dipenghujung semester 6 diploma, sempatlah mira mengisi online untuk medik di ipts. dua institusi pilihan miya ialah msu dengan unikl. miya memilih dua universiti ini sebab msu dengan unikl paling bagus bidang perubatan bagi ipts. Namun, unikl miya gagal mendapat temuduga tetapi msu miya mendapat panggilan temuduga setersnya berjaya mendapat tawaran kos ini. Syukur Alhamdulilah.
bila rezeki datang, tidak tanpa kita duga. mungkin ini peluang kedua Allah nak bagi setelah berkali-kali dugaan Allah beri. Bersusah dulu bersenang kemudian. right?


so, dari sini, nak simpulkan, kenapa miya memilih bidang perubatan? 

1) hati memang jujur dan teringin sangat nak mendalami ilmu berkaitan manusia. bagi miya belajar berkaitan sel, funtion dalam badan. sesuatu yang tak mampu kita zahirkan dari mata kasar tetapi jelas terasa takjubnya di hati ini. *my opinion

2) sebab nak jadi orang nak lebih baik dari yang lepas. orang cakap doktor ni baik. bukan semua macam ni. tetapi sebagai manusia yang menjadi doktor, memang kewajipan untuk menjadi insan 
yang baik; positif fikiran, tidak bersosial entah apa-apa. bila sekali dah masuk medical school, belajar pasal penyakit, tengok pesakit. dengan sendiri korang akan train diri sendiri untuk jadi lebih baik dan insaf. 

3) disamping minat sendiri, inilah juga satu-satu harapan ayah. nak miya jadi doktor. tapi syukrlah, minat anak sama minat ayah. yeahhhh

4) memang bercita-cita nak kerja hospital. nak bantu orang yang memerlukan. dulu waktu spm, semasa mak miya masih ada, miya lah tukang cucuk insulin dia, tukang cek glucose dia, tukang teman mak kat hospital berminggu-minggubila mak admit in ward. mungkin dari sini jugak minat tu timbul. 

mungkin ini sahaja. terima kasih!

3 comments:

  1. Assalamualaikum . Nk tahu yang tawaran ke egypt tu miya mohon or memang dapat . Tenkiuu 😁

    ReplyDelete
  2. Assalmmkum. Sy nk tahu brp kos semua bljr medic di unikl dan biasiswa apa yg boleh kita mohon utk ke medic

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.. saya nak tanya.. kak miya sambung diploma sains tu sains kesihatan ke atau sains lain? and nak tanya jgak medic msu ipts tu, brapa total yuran dia per semester? kak miya pointer brapa dpt smbung medic msu?

    saya minat jgak nak smbung medic.. tapi saya masih buntu sbb faktor kewangan dan diploma yg saya dapat ni diploma sains gunaan..

    harap kak miya reply yer.. i need help and opinion :)) tq

    ReplyDelete