Assalamualaikum.
Pada 28 september 2015 adalah merupakan hari penting buat miya dimana pada hari ni, miya kena daftar degree dekat msu. Family miya bertolak dari kelantan ke selangor pada 26 sept lagi sebab tak nak rushing. Sampai sana, relax sambil beli belah barang keperluan untuk belajar.
Hakikat sebenar di dalam hati, layak kah miya sambung mbbs di msu? Bukan disebabkan kos, tetapi disebabkan kewangan, mencukupikah? Ayah sentiasa tenangkan miya dengan alunkan semangat untuk menjadi seorang doktor. Thanks god!
Sampai di msu untuk daftar jam 10 pagi. Miya diarahkan oleh staff msu untuk ambil nombor giliran dan tunggu nombor dipanggil untuk pendaftaran. Tengok dekat kad tu, uwaa nombor 85 . Lambat lagi ni. So, miya dan family pergilah makan dekat cafe dan sambil tanya agen kat depan pintu pendaftaraan berkenaan rumah sewa. Semua dah setel, mira masuk tempat pendaftaran dan nombor giliran dipanggil. Sebelum mendaftar, miya diarah tangkap gambar untuk buat student card dan seterusnya membuat pendaftaran.
Tiba tiba, pengumuman keluar "perhatian kepada pelajar mbbs shah alam, anda diminta berkumpul di sini jam 2.45 untuk sesi orientasi". Apa, terus orientasi? Ok, miya redha.
Setel semua pendaftaran lebih kurang jam satu. Lepas je daftar terus cek rumah sewa. Miya pilih untuk tinggal di brunsfield sebab dekat. 5 minit sahaja jalan kaki. So kira oke lah. Lepas tengok rumah. Ok, rumah sesuai je sebab sebilik dua orang je dan miya pilih bilik master room.
Lepas setel pasal rumah, jam pukul 2.25 petang. Kakak miya terus hantar ke msu. Dan mereka pulang ke homestay balik. Miya naik ke islamic center untuk solat. Selepas tu, terus ke tempat orientasi.
Lebih kurang jam 5 , orientasi tamat dan pulang lah miya ke homestay. Malam tu kakak hantar ke rumah sewa miya sebab diorang dah nak bertolak pulang ke kelantan esok pagi. Safe your journey kakak!.
Inilah serba sedikit flow dan kisah miya dalam menjadi mbbs student semasa hari pendaftaran. Thankyou!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Phew saya nervous sbb esok saya punya pendaftaran ke msu! Doakan saya!
ReplyDelete