assalamualaikum semua. rinduuu giler dekat readers blog ni. ehh,, ade kew yang bace nyah??.. haha.. lantaklah, yang penting, blog miya ni dah berhabuk. dah lama x update entry dekat my bucuk masam blog ni. miya nak tanya korang, pernah tak korang rasa sakit hati yang macam korang nak cabut je bijik mata orang tu, korang rasa nak pukul sampai pitam je orang tu? pernah tak, pernah tak??? jawab laa hoii.. hihi, apalah miya niey, kau tanya macam diorang boleh jawab an.. kalau nak tau itulah yang miya rasa. miya rasa nak supit je telinga mak bedah nie, tapi nak buat macam mana, aku hanya insan biasa yang harus bersabar sentiasa. cheewaahhh.,, ayat untuk menyakinkan diri yang tengah membara sepanas bara api.
sebenarnya kan, masalahnya bukan besar. tapi biasalah perempuan mudah merajuk, mudah melenting tak thu pasal dah mudah gak sejuk macam ais di kutub selatan. tambahan pula, syaitan ni pula duk hasut lagi lah power panas sakit hati tu kan macam powernya tongkat ali.
kerana mu aku bertenaga. . perempuan ni dia ada angin jugak, time datang angin kus-kus dia, mula lah kita tanya diorang tak nak jawab. kalau jawab pun macam gorilla mengembek.. ehh ade ker??? buruk bebenor buni an.. tapi itulah yang buat hati miya panas. tapi tetap tak nak melawan, tak nak marah balik, tak nank tunjuk muka,, maklumlah kawan kan..
satu lagi an, si mamat hitam ni, orang sakit bagai nak nazak ni, boleh pulak dia buat bodoh je. weiii panas hati miya, ingat kucing demam ke nak buat macam ni je. cuba lah take care sikit. tapi takpelah,, miya bukan nak tagih kasih
je cuma tunggu penampor je.. hehe.. haii,, tapi mamat ni lah jugak dok sayang-sayang. lagi satu kan, dalam sehari tu sekali je tanya khabar, fikir bagus macam tu?? kerja-kerja jugak tapi anak bini nih jangan lupe, jangan tak ingat. nanti meroyan sendiri baru lah kau masuk bawah katil meraung sedih
btw, tak dinafikan. miya bukan perempuan lembut, bukan pula yang degil. miya cuma biasa-biasa je. biasalah kan, dikala bertegas itu, hak kita mahu dipertahankan, mahu disokong. di kala lembut itu, mungkin hati sudah menemui keinsafan. hihi.. nampak tak permainan dia. tapi, ape yang penting jadilah orang disukai sesiapa saja. jadi lah satu benih yang dilempar kelaut menjadi pulau, dilambung kelangit menjadi kejora dan dilontar ke bumi menjadi taman yang berbunga. (kalau taman strawberi ok gak an).
p/s: ini hanya luahan hati semata-mata. tiada kena-mengena dengan sesiapa pun... byeee!!
No comments:
Post a Comment