JellyPages.com

Monday, 24 February 2014

hati yang kau sakiti

assalamualaikum semua. rinduuu giler dekat readers blog ni. ehh,, ade kew yang bace nyah??.. haha.. lantaklah, yang penting, blog miya ni dah berhabuk. dah lama x update entry dekat my bucuk masam blog ni. miya nak tanya korang, pernah tak korang rasa sakit hati yang macam korang nak cabut je bijik mata orang tu, korang rasa nak pukul sampai pitam je orang tu? pernah tak, pernah tak??? jawab laa hoii.. hihi, apalah miya niey, kau tanya macam diorang boleh jawab an.. kalau nak tau itulah yang miya rasa. miya rasa nak supit je telinga mak bedah nie, tapi nak buat macam mana, aku hanya insan biasa yang harus bersabar sentiasa. cheewaahhh.,, ayat untuk menyakinkan diri yang tengah membara sepanas bara api.

sebenarnya kan, masalahnya bukan besar. tapi biasalah perempuan mudah merajuk, mudah melenting tak thu pasal dah mudah gak sejuk macam ais di kutub selatan. tambahan pula, syaitan ni pula duk hasut lagi lah power panas sakit hati tu kan macam powernya tongkat ali. kerana mu aku bertenaga. .  perempuan ni dia ada angin jugak, time datang angin kus-kus dia, mula lah kita tanya diorang tak nak jawab. kalau jawab pun macam gorilla mengembek.. ehh ade ker??? buruk bebenor buni an.. tapi itulah yang buat hati miya panas. tapi tetap tak nak melawan, tak nak marah balik, tak nank tunjuk muka,, maklumlah kawan kan..

satu lagi an, si mamat hitam ni, orang sakit bagai nak nazak ni, boleh pulak dia buat bodoh je. weiii panas hati miya, ingat kucing demam ke nak buat macam ni je. cuba lah take care sikit. tapi takpelah,, miya bukan nak tagih kasih je cuma tunggu penampor je.. hehe.. haii,, tapi mamat ni lah jugak dok sayang-sayang. lagi satu kan, dalam sehari tu sekali je tanya khabar, fikir bagus macam tu?? kerja-kerja jugak tapi anak bini nih jangan lupe, jangan tak ingat. nanti meroyan sendiri baru lah kau masuk bawah katil meraung sedih

btw, tak dinafikan. miya bukan perempuan lembut, bukan pula yang degil. miya cuma biasa-biasa je. biasalah kan, dikala bertegas itu, hak kita mahu dipertahankan, mahu disokong. di kala lembut itu, mungkin hati sudah menemui keinsafan. hihi.. nampak tak  permainan dia. tapi, ape yang penting jadilah orang disukai sesiapa saja. jadi lah satu benih yang dilempar kelaut menjadi pulau, dilambung kelangit menjadi kejora dan dilontar ke bumi menjadi taman yang berbunga. (kalau taman strawberi ok gak an).


p/s: ini hanya luahan hati semata-mata. tiada kena-mengena dengan sesiapa pun... byeee!!


Sunday, 16 February 2014

bolehhh laaaa kann..

assalamuaikum semua. harap korang semua sihat walafiat lah yew. ameen. di kesempatan ruang dan peluang nie, miya rase nk update entry kt sini tapi nk jiwang sikit bole? hek elehh, blog kawe, ikut kawe lah deh.. hehe. sebenarnya miya tengah rindu seseorang. dia kini berada jauh dari miya. jadi, peluang ini saje untuk meluahkan kerinduan ini.

berdetik jam di tangan menandakan hampir menuju angka sebelas malam membuat hati ini mengerti. sudah hampir 11 jam juga lah dia meninggalkanku atas urusan kerja. kalau diturut, hati kecilku mahu ku turutnya menuju bersama tetapi halangan pelajaran membataskanku. aku perlu disi, di uitm yang aku cintai untuk menghabiskan semesterku yang berbaki 3 semester lagi. akibat jarak yang memisahkan aku,hati ku ditusuk rindu padanya, rindu yang aku sendiri tidak mengerti. mungkin inilah rindu sayang yang di gundah gulanakan oleh para pencinta. andai bisa masa mengizinkan, ingin aku percik kerinduan aku ini kepadanya agar bisa menjadi biasan rindu buat dirinya. andai juga masa mengerti, ingi aku sepoikan rindu ini kepadanya, agar bisa disedut menjadi nadi rindu buat dirinya. tetapi mampukah aku?

realitinya, tiada yang indah pada rindu. semuanya mengundang sakit belaka. realitinya juga, aku benci pada rindu. ia bisa menyesakkan hati ku. bisa juga membenarkan mutiara putihku yang tidak bersalah ini gugur. tetapi tanpa rindu, mungkin tiada sayang. tanpa rindu juga, mungkin tiada cintanya. inilah sinonimnya rindu, sayang dan cinta. namun begitu, percayalah. perasaan rindu ini tidak hadir sendirian, tidak hadir juga dengan dipinta, tetapi hadirnya tanpa kita sedar. mungkin inilah saat hatinya dan hatiku berkomunikasi dan mungkin inilah komunikasi diam tanpa mampu dilihat oleh kornea mata secara kasarnya. inilah kuasa Allah yang maha Esa.

kalau rindu ini ingin dipamerkan, tidak tertadah segenap hujan yang menitis, kalau rindu ini ingin dilukiskan, tidak tergambar  oleh si pencontengnya. tetapi, biarpun suka diperjelas, moga kau dan aku mengerti, kerinduan ini adalah satu aset untuk kita bersama meraih bahagia dari sekecil zarah hingga sebesar cakerawala agar bisa menjadi pendokong kite menuju kehidupan yang benar.

p/s: hewhew.. miya creditkan madah ini buat seseorang dan semua pembaca blog ini. bye,, assalamualaikum.