JellyPages.com

Friday, 16 October 2015

bermulanya tahun 1 mbbs

Assalamualaikum.

Alhamdulilah syukur. Rezeki Allah kurniakan, dapatlah juga menuntut ilmu. Tiada yang istimewa diri ini, hanya lah insan lemah yang kental diri mengembara ilmu. Alhamdulilah, dah seminggu start as a medical student. Apa yang dihighlightkan disini adalah suasana, perasaan dan penerimaan diri sini baik untuk kampus mahupun course tersebut.

Ni haaa, gambar miya dekat msu.

Suasana kampus dekat ini agak hebat lah fasiliti dia even ada sikit terkurang semua. Cuma miya agak payah nak adapt dengan suasana bandar. Biasalah budak kampung dan cuba belajar hidup di bandar memerlukan sedikit masa. But, miya cuba semampunya. Suasana pembelajaran cukup teratur. Setial hari ada kelas, lab. Memang kelas start 8 pagi sampai 5 petang dan cuma gap satu jam je. Nampak tak betapa crowded nya suasana dan betapa kentalnya hidup dalam mengembara ilmu. 

Cerita bab perasaan ni, memang akan feeling habis. Siapa nak duk jauh dari family kan. Tapi apakan daya demi mengejar cita cita, ku turutkan jua. 

Penerimaan diri sendiri ni agak payah. First sekali, dalam lecture, miya agak susah nak tangkap bahasa lecturer. Bukan apa, lecturer are foreigners and dianpunya slance tu slightly difference. Pronouncation dia not totally same with us. So, miya try to adapt slowly. Then, waktu kelas yang agak pack ni menyebabkan rasa cuti itu terindah. Bukan mahu cuti qpa, sebab nak revise  balik yang belajar. Nak jadi budak dinstinction kena kuat okeyy. So, miya try all my best. Penerimaan kawan pun agak ketara lah. Sebab, before this, miya sekolah harian je dan tak ada pun indian or chinese. Lepas tu, sambung uitm pun, fully bumiputera yup. Bila datang siji, wahh. So proud, dapat kawan berlainan bangsa. Boleh lah lebih perkongsian dibuat bersama. Btw, all of msurian are nice. 

Finally, senang nak cerita, nak jadi budak medik memang kena tabah dan tinggi pengorbanan. Pengorbanan masa, pengorbanan otak dan pengorbanan fizikal. Tak payah nak havocnor nak bangga pun ambik medik sebab ianya sangat padatbyang perlu concentration 250 jam sehari. But keep it up. ALLAH tak uji hambanya di luar kemampuan rite? So, study tabah dan tawakal kepada Allah. Setiap usaha ada ganjaran. Janji lah dan peganglah pada kata2 ini.  Once u enter medical school, rasa menyampah bila orang sebut doktor doktor. Seriously. Sebab, kita on the way lagi nak jadi doktor. Senang cakap in the making. Journey is too long to achieve as a parter in noble profession. 

So, aku ini bukanlah sesiapa. Cuma insan lemah yang masih mencari sinar hidup bagi emenuhi hasrat hati menerusi pengembaraann ilmu agar kelak menjadi insan berintelektual dan mampu sama sama memikul berat komuniti seantero dunia. So, keep it up. Be a good doctor muslimah one day, 

inshaAllah. Thanks! 

Saturday, 10 October 2015

kenapa memilih bidang perubatan?

Assalamualaikum. 

Di kesempatan ruang dan peluang yang terluang ini, hendaknya miya membuat satu entry iaitu kenapa memilih bidang perubatan?


Semenjak miya menjejakkan kaki ke msu sebagai pelajar tahun satu perubatan, terlalu banyak persoalan ini bermain di cuping telinga.

"weyh, memang mitak medik sini eh? memang tak apply mana-mana dah?"
"miya ni memang minat medik eh? kenapa tak apply IPTA?"
"memang minat sendiri nak jadi doktor ke parent suruh?"
"kenapa ambik kos ni?"
"kenapa nak jadi doktor?"

ini lah antara soalan yang sering berlegar-legar bermain di telinga. penat otak nak menterjemah bait-bait pertanyaan mereka. bermula dari orientasi dengan universiti, menyusul orientasi dengan fakulti seterusnya dengan senior. inilah major question mereka. 

so, kat sini miya nak menjawab sedikit. sebenarnya, minat nak jadi doktor ni datang masa form 4 lagi. masa ni tengah belajar subjek biology dengan cikgu Azliza. bila start belajar, mula kenal mitochondria, ribosomes, golgi apparatus dan semua bagai tu, rasa takjubnya dengan ciptaan Allah s.w.t. start dari situ lah minat tersimpan untuk mendalami ilmu medik; ilmu berkaitan manusia. Niat hati nak meneroka ciptaan Allah yang sungguh menarik. 

namun, apa yang kita minat, belum tentu menjadi milik kita kan? Allah uji miya dimana semasa result spm keluar, miya tak dapat keputusan cukup cemerlang untuk menempah tempat di asasi apatah lagi untuk membuat persediaan ke overseas sebab ada satu subjek chemistry mendapat kredit sahaja biarpun subjek lain cemerlang. orang cakap masuk asasi nak buat medik senang. bila senario begini terjadi, cita-cita hampir terkubur. tetapi benar lah orang cakap setiap kekecewaan pasti ada ubatnya.

Miya kemudian mendapat satu tawaran menyambung pengajian dalam perubatan di egypt. universiti mansoura. Hati memang happy sangat. tetap sekali lagi langit tak selalunya cerah. Ayah tak izinkan pergi ke sana sebab waktu tu, mesir mengalami satu krisis yang besar. so, tinggal lah dua tawaran pengajian lagi iaitu matrikulasi dan diploma sains.

orang cakap dua-dua ni memang boleh sambung medik. tetapi hati cukup kuat mengarahkan untuk menyambung diploma sains. Ayah pun setuju. Jadi, miya pun pilih lah diploma sains uitm. biar lambat asal selamat. 

selepas tiga tahun belajar, Allah sekali lagi menguji kekuatan hati. permohonan pelajar diploma sains dalam bidang perubatan ke universiti makassar di indonesia dinaik taraf syaratnya. Pelajar perlu mendapat SPM sekuranya 5B. start dari situ, impian nak sambung medik memang dah terkubur. cukur lah minat itu tertanam dalam diri sendiri

namun, dipenghujung semester 6 diploma, sempatlah mira mengisi online untuk medik di ipts. dua institusi pilihan miya ialah msu dengan unikl. miya memilih dua universiti ini sebab msu dengan unikl paling bagus bidang perubatan bagi ipts. Namun, unikl miya gagal mendapat temuduga tetapi msu miya mendapat panggilan temuduga setersnya berjaya mendapat tawaran kos ini. Syukur Alhamdulilah.
bila rezeki datang, tidak tanpa kita duga. mungkin ini peluang kedua Allah nak bagi setelah berkali-kali dugaan Allah beri. Bersusah dulu bersenang kemudian. right?


so, dari sini, nak simpulkan, kenapa miya memilih bidang perubatan? 

1) hati memang jujur dan teringin sangat nak mendalami ilmu berkaitan manusia. bagi miya belajar berkaitan sel, funtion dalam badan. sesuatu yang tak mampu kita zahirkan dari mata kasar tetapi jelas terasa takjubnya di hati ini. *my opinion

2) sebab nak jadi orang nak lebih baik dari yang lepas. orang cakap doktor ni baik. bukan semua macam ni. tetapi sebagai manusia yang menjadi doktor, memang kewajipan untuk menjadi insan 
yang baik; positif fikiran, tidak bersosial entah apa-apa. bila sekali dah masuk medical school, belajar pasal penyakit, tengok pesakit. dengan sendiri korang akan train diri sendiri untuk jadi lebih baik dan insaf. 

3) disamping minat sendiri, inilah juga satu-satu harapan ayah. nak miya jadi doktor. tapi syukrlah, minat anak sama minat ayah. yeahhhh

4) memang bercita-cita nak kerja hospital. nak bantu orang yang memerlukan. dulu waktu spm, semasa mak miya masih ada, miya lah tukang cucuk insulin dia, tukang cek glucose dia, tukang teman mak kat hospital berminggu-minggubila mak admit in ward. mungkin dari sini jugak minat tu timbul. 

mungkin ini sahaja. terima kasih!

Tuesday, 6 October 2015

pendaftaran msu

Assalamualaikum.

Pada 28 september 2015 adalah merupakan hari penting buat miya dimana pada hari ni, miya kena daftar degree dekat msu. Family miya bertolak dari kelantan ke selangor pada 26 sept lagi sebab tak nak rushing. Sampai sana, relax sambil beli belah barang keperluan untuk belajar.

Hakikat sebenar di dalam hati, layak kah miya sambung mbbs di msu? Bukan disebabkan kos, tetapi disebabkan kewangan, mencukupikah? Ayah sentiasa tenangkan miya dengan alunkan semangat untuk menjadi seorang doktor. Thanks god!

Sampai di msu untuk daftar jam 10 pagi. Miya diarahkan oleh staff msu untuk ambil nombor giliran dan tunggu nombor dipanggil untuk pendaftaran. Tengok dekat kad tu, uwaa nombor 85 . Lambat lagi ni. So, miya dan family pergilah makan dekat cafe dan sambil tanya agen kat depan pintu pendaftaraan berkenaan rumah sewa. Semua dah setel, mira masuk tempat pendaftaran dan nombor giliran dipanggil. Sebelum mendaftar, miya diarah tangkap gambar untuk buat student card dan seterusnya membuat pendaftaran.

Tiba tiba, pengumuman keluar "perhatian kepada pelajar mbbs shah alam, anda diminta berkumpul di sini jam 2.45 untuk sesi orientasi". Apa, terus orientasi? Ok, miya redha.

Setel semua pendaftaran lebih kurang jam satu. Lepas je daftar terus cek rumah sewa. Miya pilih untuk tinggal di brunsfield sebab dekat. 5 minit sahaja jalan kaki. So kira oke lah. Lepas tengok rumah. Ok, rumah sesuai je sebab sebilik dua orang je dan miya pilih bilik master room.

Lepas setel pasal rumah, jam pukul 2.25 petang. Kakak miya terus hantar ke msu. Dan mereka pulang ke homestay balik. Miya naik ke islamic center untuk solat. Selepas tu, terus ke tempat orientasi.

Lebih kurang jam 5 , orientasi tamat dan pulang lah miya ke homestay. Malam tu kakak hantar ke rumah sewa miya sebab diorang dah nak bertolak pulang ke kelantan esok pagi. Safe your journey kakak!.

Inilah serba sedikit flow dan kisah miya dalam menjadi mbbs student semasa hari pendaftaran. Thankyou!