JellyPages.com

Monday, 16 December 2013

fieldwork story

assalamualaikum.. selamat petang semua. miya bersyukur sangat kerana masih dipanjangkan umur untuk meneruskan kehidupan di bumi barakah Allah ni. kadang-kala, hidup miya dan kita semua ade kemanisan, ada kala kepahitan mahupun kesedihan. namun siapa kita untuk mempersoalkan takdir kita, sedangkan setiap apa yang Allah kurniakan itu adalah merupakan satu anugerah buat miya dan kita semua. so, say THANK YOU to Allah.
pada petang yang hening ni kan, plus pula dengan angin sepoi-sepoi bahasa, miya belek-belek lah folder kat lappy miya. then, miya terjumpa la gambar-gambar miya and the geng masa buat fieldwork semester lepas. wuuuu, rindu sangat miya dengan moment tu. walaupun ini cerita semalam, tetapi sentiasa menjadi ingatan miya.
"kakak-kakak, fieldwork tu ape?" eh, lupa lak nak explain kan dekat sini. macam ni, fieldwork ni macam kerja kursus la bagi students diploma sains semester 3 dimana kami semua kena pergi satu tempat untuk membuat kajian berkaitan ecology sesuatu tempat. macam batch miya, kiteorang buat kajian tentang ecology pulau. so, miya and the geng yang comot tu ke pulau perhentian. memang best sangat, tempat pun menarik. itulah kuasa Allah, menjadikan pulau yang serba indah. SubhanaAllah.
semasa menjalankan fieldwork tu,antara aktiviti yang miya lakukan ialah snorkelling, melawat kawasan perkampungan pulau perhentian,BBQ, menaiki kincir angin. macam best kan? memang walaupun penat yang melampau. sehari suntuk tido tak bangun lepas balik fieldwork. hehe.
semasa membuat aktiviti snorkelling, antara tempat yang dilawati ialah, kawasan penyu, anak-anak ikan, and baby shark.. winkwink. macam comel jer... haruslaa.
so, untuk tatapan semua, miya selitkan beberapa keping gambar sebagai tanda kenangan lama :






p/s: ni gambar miya n kawan-kawan dari mula-mula perjalanan sehingga sampai ke destinasi n pulang balik ke uitm.

oklah, dah maghrib. so, miya stop kat sini dulu. jumpa lagi. assalamualaikum... :D

No comments:

Post a Comment