JellyPages.com

Monday, 14 December 2015

lets the time to decide

Assalamualaikum..

Sisipan angin meniup indah rerambut aku agar berkibaran. Namun, jasad nya tetap terpaku tak berintonasi. Keras di bangku putih. Fikiran menerawang jauh entah ke selatan mana. Tiba tiba, satu dentuman guruh mengejutkan aku lantas meleraikan segala. Lalu, bangkit lah aku dari mimpi kekecewaan.

Dek hati dirobek, semangat melayang. Aku mula tutup buku biochemistry aku, lantas, menutup suis lampu dan terus ke kamar aku. Mahu beradu aku, mahu mencari nafas ketenangan.

Semenjak aku menginjak dewasa. Makin meningkat umur, makin bertambah ujian sebenar kehidupan ditempuhi. Segala ujian ini tak pernah aku terfikir untuk berlaku dalam hidup aku. Sekali aku pejam mata, ia bagaikan suatu hadiah misteri yang mewarnai kehidupan disebalik ketabahan melaluinya. Tersenyum aku bila berfikir.

Jejari aku pantas menaip bait bait ayat di tablet milik aku ini. Aku tertanya, di setiap kekecewaan, muncul lagi kekecewaan? Kenapa perlu begini? Adakah kerana aku menyakiti hati insan lain lantas aku dibalas sebegitu juga?

Ya Allah, aku mintak satu sahaja. Jikalau dia bukanlah terbaik bagi aku, ambil lah perasaan yang ada di hati ini dan dibuang jauh lah. Aku tidak sanggup menghadapi. Biarlah aku tak merasa dugaan ini, tak mencuba segala ini. Cuma pintaku, hadir lah insan benar benar untuk aku. Terlalu sakit bila perasaan datang tetapi tak berteman.

Memang, segalanya fitrah manusia. Kalau mampu jauh kanlah biar hati aku tak kecewa lagi. Dan bahagia datanglah pada aku.

Sekian :)

Saturday, 14 November 2015

my future dream

Assalamualaikum.

Just counting my days for progress test. So, sambil sambil study tetiba datangnya angan angan yang inshaAllah ku kecapi suatu hari nanti.


Wishlist:
1)off course sebab dah melangkah bidang perubatan. So, nak jadi doktor di hospital kerajaan or buka klinik. This two option still in confusing. But its okey, coz i newly just years 1 students. Later, i think back!

2) angan angan dah lama tersimpan. Nak bukak butik pakaian berasaskan amira signature. I will creat my own design 😚😚

3) nak open mini cafe based on flowering garden. Because, i love any kind of flower so much.

Aku tau, one day , i will so buzy to handle my patient. So dua benda ni boleh la i mintak tolong husband and one of my workers. Sebab tu nak cari suami bukan doktor. Okey, this is only dream. 😉😉

bye guys and girls!

Friday, 16 October 2015

bermulanya tahun 1 mbbs

Assalamualaikum.

Alhamdulilah syukur. Rezeki Allah kurniakan, dapatlah juga menuntut ilmu. Tiada yang istimewa diri ini, hanya lah insan lemah yang kental diri mengembara ilmu. Alhamdulilah, dah seminggu start as a medical student. Apa yang dihighlightkan disini adalah suasana, perasaan dan penerimaan diri sini baik untuk kampus mahupun course tersebut.

Ni haaa, gambar miya dekat msu.

Suasana kampus dekat ini agak hebat lah fasiliti dia even ada sikit terkurang semua. Cuma miya agak payah nak adapt dengan suasana bandar. Biasalah budak kampung dan cuba belajar hidup di bandar memerlukan sedikit masa. But, miya cuba semampunya. Suasana pembelajaran cukup teratur. Setial hari ada kelas, lab. Memang kelas start 8 pagi sampai 5 petang dan cuma gap satu jam je. Nampak tak betapa crowded nya suasana dan betapa kentalnya hidup dalam mengembara ilmu. 

Cerita bab perasaan ni, memang akan feeling habis. Siapa nak duk jauh dari family kan. Tapi apakan daya demi mengejar cita cita, ku turutkan jua. 

Penerimaan diri sendiri ni agak payah. First sekali, dalam lecture, miya agak susah nak tangkap bahasa lecturer. Bukan apa, lecturer are foreigners and dianpunya slance tu slightly difference. Pronouncation dia not totally same with us. So, miya try to adapt slowly. Then, waktu kelas yang agak pack ni menyebabkan rasa cuti itu terindah. Bukan mahu cuti qpa, sebab nak revise  balik yang belajar. Nak jadi budak dinstinction kena kuat okeyy. So, miya try all my best. Penerimaan kawan pun agak ketara lah. Sebab, before this, miya sekolah harian je dan tak ada pun indian or chinese. Lepas tu, sambung uitm pun, fully bumiputera yup. Bila datang siji, wahh. So proud, dapat kawan berlainan bangsa. Boleh lah lebih perkongsian dibuat bersama. Btw, all of msurian are nice. 

Finally, senang nak cerita, nak jadi budak medik memang kena tabah dan tinggi pengorbanan. Pengorbanan masa, pengorbanan otak dan pengorbanan fizikal. Tak payah nak havocnor nak bangga pun ambik medik sebab ianya sangat padatbyang perlu concentration 250 jam sehari. But keep it up. ALLAH tak uji hambanya di luar kemampuan rite? So, study tabah dan tawakal kepada Allah. Setiap usaha ada ganjaran. Janji lah dan peganglah pada kata2 ini.  Once u enter medical school, rasa menyampah bila orang sebut doktor doktor. Seriously. Sebab, kita on the way lagi nak jadi doktor. Senang cakap in the making. Journey is too long to achieve as a parter in noble profession. 

So, aku ini bukanlah sesiapa. Cuma insan lemah yang masih mencari sinar hidup bagi emenuhi hasrat hati menerusi pengembaraann ilmu agar kelak menjadi insan berintelektual dan mampu sama sama memikul berat komuniti seantero dunia. So, keep it up. Be a good doctor muslimah one day, 

inshaAllah. Thanks! 

Saturday, 10 October 2015

kenapa memilih bidang perubatan?

Assalamualaikum. 

Di kesempatan ruang dan peluang yang terluang ini, hendaknya miya membuat satu entry iaitu kenapa memilih bidang perubatan?


Semenjak miya menjejakkan kaki ke msu sebagai pelajar tahun satu perubatan, terlalu banyak persoalan ini bermain di cuping telinga.

"weyh, memang mitak medik sini eh? memang tak apply mana-mana dah?"
"miya ni memang minat medik eh? kenapa tak apply IPTA?"
"memang minat sendiri nak jadi doktor ke parent suruh?"
"kenapa ambik kos ni?"
"kenapa nak jadi doktor?"

ini lah antara soalan yang sering berlegar-legar bermain di telinga. penat otak nak menterjemah bait-bait pertanyaan mereka. bermula dari orientasi dengan universiti, menyusul orientasi dengan fakulti seterusnya dengan senior. inilah major question mereka. 

so, kat sini miya nak menjawab sedikit. sebenarnya, minat nak jadi doktor ni datang masa form 4 lagi. masa ni tengah belajar subjek biology dengan cikgu Azliza. bila start belajar, mula kenal mitochondria, ribosomes, golgi apparatus dan semua bagai tu, rasa takjubnya dengan ciptaan Allah s.w.t. start dari situ lah minat tersimpan untuk mendalami ilmu medik; ilmu berkaitan manusia. Niat hati nak meneroka ciptaan Allah yang sungguh menarik. 

namun, apa yang kita minat, belum tentu menjadi milik kita kan? Allah uji miya dimana semasa result spm keluar, miya tak dapat keputusan cukup cemerlang untuk menempah tempat di asasi apatah lagi untuk membuat persediaan ke overseas sebab ada satu subjek chemistry mendapat kredit sahaja biarpun subjek lain cemerlang. orang cakap masuk asasi nak buat medik senang. bila senario begini terjadi, cita-cita hampir terkubur. tetapi benar lah orang cakap setiap kekecewaan pasti ada ubatnya.

Miya kemudian mendapat satu tawaran menyambung pengajian dalam perubatan di egypt. universiti mansoura. Hati memang happy sangat. tetap sekali lagi langit tak selalunya cerah. Ayah tak izinkan pergi ke sana sebab waktu tu, mesir mengalami satu krisis yang besar. so, tinggal lah dua tawaran pengajian lagi iaitu matrikulasi dan diploma sains.

orang cakap dua-dua ni memang boleh sambung medik. tetapi hati cukup kuat mengarahkan untuk menyambung diploma sains. Ayah pun setuju. Jadi, miya pun pilih lah diploma sains uitm. biar lambat asal selamat. 

selepas tiga tahun belajar, Allah sekali lagi menguji kekuatan hati. permohonan pelajar diploma sains dalam bidang perubatan ke universiti makassar di indonesia dinaik taraf syaratnya. Pelajar perlu mendapat SPM sekuranya 5B. start dari situ, impian nak sambung medik memang dah terkubur. cukur lah minat itu tertanam dalam diri sendiri

namun, dipenghujung semester 6 diploma, sempatlah mira mengisi online untuk medik di ipts. dua institusi pilihan miya ialah msu dengan unikl. miya memilih dua universiti ini sebab msu dengan unikl paling bagus bidang perubatan bagi ipts. Namun, unikl miya gagal mendapat temuduga tetapi msu miya mendapat panggilan temuduga setersnya berjaya mendapat tawaran kos ini. Syukur Alhamdulilah.
bila rezeki datang, tidak tanpa kita duga. mungkin ini peluang kedua Allah nak bagi setelah berkali-kali dugaan Allah beri. Bersusah dulu bersenang kemudian. right?


so, dari sini, nak simpulkan, kenapa miya memilih bidang perubatan? 

1) hati memang jujur dan teringin sangat nak mendalami ilmu berkaitan manusia. bagi miya belajar berkaitan sel, funtion dalam badan. sesuatu yang tak mampu kita zahirkan dari mata kasar tetapi jelas terasa takjubnya di hati ini. *my opinion

2) sebab nak jadi orang nak lebih baik dari yang lepas. orang cakap doktor ni baik. bukan semua macam ni. tetapi sebagai manusia yang menjadi doktor, memang kewajipan untuk menjadi insan 
yang baik; positif fikiran, tidak bersosial entah apa-apa. bila sekali dah masuk medical school, belajar pasal penyakit, tengok pesakit. dengan sendiri korang akan train diri sendiri untuk jadi lebih baik dan insaf. 

3) disamping minat sendiri, inilah juga satu-satu harapan ayah. nak miya jadi doktor. tapi syukrlah, minat anak sama minat ayah. yeahhhh

4) memang bercita-cita nak kerja hospital. nak bantu orang yang memerlukan. dulu waktu spm, semasa mak miya masih ada, miya lah tukang cucuk insulin dia, tukang cek glucose dia, tukang teman mak kat hospital berminggu-minggubila mak admit in ward. mungkin dari sini jugak minat tu timbul. 

mungkin ini sahaja. terima kasih!

Tuesday, 6 October 2015

pendaftaran msu

Assalamualaikum.

Pada 28 september 2015 adalah merupakan hari penting buat miya dimana pada hari ni, miya kena daftar degree dekat msu. Family miya bertolak dari kelantan ke selangor pada 26 sept lagi sebab tak nak rushing. Sampai sana, relax sambil beli belah barang keperluan untuk belajar.

Hakikat sebenar di dalam hati, layak kah miya sambung mbbs di msu? Bukan disebabkan kos, tetapi disebabkan kewangan, mencukupikah? Ayah sentiasa tenangkan miya dengan alunkan semangat untuk menjadi seorang doktor. Thanks god!

Sampai di msu untuk daftar jam 10 pagi. Miya diarahkan oleh staff msu untuk ambil nombor giliran dan tunggu nombor dipanggil untuk pendaftaran. Tengok dekat kad tu, uwaa nombor 85 . Lambat lagi ni. So, miya dan family pergilah makan dekat cafe dan sambil tanya agen kat depan pintu pendaftaraan berkenaan rumah sewa. Semua dah setel, mira masuk tempat pendaftaran dan nombor giliran dipanggil. Sebelum mendaftar, miya diarah tangkap gambar untuk buat student card dan seterusnya membuat pendaftaran.

Tiba tiba, pengumuman keluar "perhatian kepada pelajar mbbs shah alam, anda diminta berkumpul di sini jam 2.45 untuk sesi orientasi". Apa, terus orientasi? Ok, miya redha.

Setel semua pendaftaran lebih kurang jam satu. Lepas je daftar terus cek rumah sewa. Miya pilih untuk tinggal di brunsfield sebab dekat. 5 minit sahaja jalan kaki. So kira oke lah. Lepas tengok rumah. Ok, rumah sesuai je sebab sebilik dua orang je dan miya pilih bilik master room.

Lepas setel pasal rumah, jam pukul 2.25 petang. Kakak miya terus hantar ke msu. Dan mereka pulang ke homestay balik. Miya naik ke islamic center untuk solat. Selepas tu, terus ke tempat orientasi.

Lebih kurang jam 5 , orientasi tamat dan pulang lah miya ke homestay. Malam tu kakak hantar ke rumah sewa miya sebab diorang dah nak bertolak pulang ke kelantan esok pagi. Safe your journey kakak!.

Inilah serba sedikit flow dan kisah miya dalam menjadi mbbs student semasa hari pendaftaran. Thankyou!

Thursday, 10 September 2015

hai September

Assalamualaikum .. uwahh, sudah lama tuan tanah tak jejak ke sini. Maklumlah banyak tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai pelajar, sebagai pekerja, sebagai anak, sebagai sahabat dan banyak lagi lah sebagainya. Apa apa pun, chill lah, september is coming.

Sebut saja pasal september, berdebar pulak hati. Macam mana tidaknya, miya bakal menjejakkan kaki di msu shah alam sebagai medical student di sana. Macam macam tanggapan bermain di fikiran, walaubagaimana pun, doa doakan lah semoga segalanya selamat :)

Sebut saja pasal september, sedih pulak hati ni. Tengok kawan kawan uitm dah gah meneruskan degree nya di uitm masing masing. Terasa pula diri ini kecil saja. Tapi tidak mengapa *pujuk hati. Tak kurang 18 hari lagi nak tinggalkan insan insan tersayang sekeliling miya. Ayah, adik beradik, sahabat andai, orgny sering tak putus putus membantu, miya sayang korang dan inshaAllah ini jihad pilihan miya demi semua. InshaAllah.

2 3 hari lepas, msu dah call segalanya sudah pun settle, tinggal bayaran yuran dan daftar sahaja belum. Apa apa pun miya harap segala selamat sejahtera hendaknya. Ameen..

P/s: buat kawan kawan uitm, miya rindu korang. Uitmdihatiku selamanya. Karna, dari sini bermula segala dan seterusnya bakal miya teruskan sebagai medical student. Thanks!

Monday, 24 August 2015

interview mbbs dekat msu

Assalamualaikum.

Okey, dah lama benar tak berblog ni. Miya sibuk yang amat dengan tugasan-tugasan di pejabat ayah. Ok, beberapa bulan lepas, miya dah officially graduate from diploma in science uitm. Uwaahhh *lompat tinggi tinggi.

Ok, hari ni nak cerita macam mana miya dapat interview mbbs dekat msu. Firstly macam ni, dulu waktu last2 nak final exam diploma, ada lah kawan kawan (budak dekan diorang ni ), duk tanya miya pasal nak apply medic ipts. Miya cakap tunggu jap, tanya membe belajar dekat shahputa (sekarang dah ambik medic tahun 3). Then, miya pun start lah whatsapp fakhriah. Fakhriah baik org dia, sempoi pulak. Dia bagi no telefon kak bie sebab kak bie ni dulu budak diploma sains jugak. Then whatsapp punya whatsapp, rupenya, kena isi online n min 3.5 pointer and some requirement for spm *rujuk sendiri sebab den lupa dah.

Nak jadikan cerita, miya bgtau ayah, ayah diorg (kawan rapat) berlumba nak mitak medic ni. Ayah nak miya isi sekali tak? Ayah pun cakap isilah, ayah suka anak ayah jadi doktor. Ewahhh, boleh kembang hidung den. Lepas tu miya pun isi lah online, tapi banyak banyak universiti yang tawarkan course medic, miya mitak msu dengan unikl je. Entahlah, terdetik nak isi dua ni je. Waktu nak pohon dekat shahputra, document pulak tak lengkap.

Beberapa bulan lepas tu, pihak msu hantar surat dekat rumah suruh p interview. Tapi, kena bayar  mahal rm500 pulak. Den fikir punya fikir ayah suruh pergi. Malangnya, tarikh interview tak diberitahu lagi waktu tu. 2 hari sebelum interview, dapat call dari kaunselor yang incharge permohonan miya, dia cakap lusa kena p interview. What? Lusa? Dengan jauh nye (miya org kelantan nak p shah alam) dengan tak prepare ape ape. Tapi, miya redha. Kakak dan abang ipar, gagahkan diri pergi jugak.

Hari interview, sampai sana pukul 6pagi. Memang rushing gila sebab interview 9a.m. nak kena cari rumah menginap buat abg dan anak sedara nak rehat. Lepas tu, pukul 8.30 baru start keta nak cari msu. Samapi dekat msu pukul 9 lebih. Sampai je sana, terus kena sign attendance, oh 2 orang je lagi tak hadir. Tengok je nama, orang first kena interview. Cuak bak hanggggg. Relaks amira.

Ting ting. Kaunselor pun suruh masuk. Okey masuk lah tempat interview.

Penemuduga (p): yes, your name amira right? What are you from?
Miya(m) : im from kelantan. Err, bachok kelantan (nervous gila)

P: how bout your journey today?
M: so far its okey. But today im late to attend for this iv because im so rushing since im arrive at shah alam about 6 o'clock. (English rojak dah kua tapi tapi lantak lah. Amira is speaking okey)

P: oh kelantan. Dulu i belajar dekat kubang kerian , usm (ooo, doktor usm niey)
M: oh i see. Yes i know that kind of hosp. My cousin also the doctor at usm.

P: why you want to be a doctor?
M: honestly, i start love to be a doctor as my career since form 4. When i learn biology, i love to study about ourselve. How our system correlated and how our organ located below the skin. Starting from that, i  decide to be a doctor one day and then i continue my study in diploma science because only burst out from diploma can avhieve my dream. As i know, i got one c in spm that is chemistry that prevent me to pursue in matrik or foundation
P: oh okey2. But im see you good. (Kembang hidung. Tak mandi lah nanti)

P: ( yang ni penemuga satu lagi pulak. Perempuan mcm indian gitu) penemuduga 2 org. Lupa nak bagitau. Sorang lelaki look like arabian. Ok, what type of common disease that do you know in Malaysia?
M: ( sumpah x prepare. Mana sempat 2 hari. Main bedal jela). Ermm, i think denggi is one of common disease in MAlaysia and also contribute for cases that need to give high attention nowadays.

P: how this disease occur in our body?
M:(nasib baik igt waktu diploma dulu, belajar pasal nyamuk malaria, aku assume hampir sama je kot proses dia). Ok, let start when the mosquite Aedes bite out skin, it project their sponge into our membrane to suck up our blood. At the same time, it retain their gametocyte into our rbc, which for short time can spread out in our blood system n rupture the heart. According to this cases, we will be get high fever and also red spot located around our skin due to the infection. (Haa, amira is speak, boleh lah tu . Sebab gua pun ingat tak ingat sebenar)

P:how to cure this disease?
M: masa ni blank tak tahu nak buat ayat ape nak cakap kena bersih kan kawasan rumah semua bagai tu. Jadi aku hentam lah. Ok, firstly, we need to make sure our surroundig are free from bloated water, we need to remove all the unwanted thing, rubbish........
P: ok stop, that mean, hygence concept.
M:yes, that mean (ape punye bangang nye aku)

P:yang ni sorang lagi pulak sambung, lelaki macam indian tu, what your hobby?
M: i like reading, especially journal becausenfrom journal i can get true knowlegde.
P:what kind of journal that do you like?
M: medical journal. Thats why, during my diploma season, im doing my thesis to find out the medicine that can cure or prevent diabetes mellitus type 1.

P: what your color do you like?
M: i think, i love green colour
p:why?
M: because green color can show me peaceful.

Ok amira, thanks. Tak ade soalan lagi nak tanya. U r good. I wish you all the best!. Aku lega sangat sangat. Dah lepas satu.

Maka, aku pun keluar lah dari bilik interviewer itu dengan tenang. Disebabkan aku orang first, awal awal lagi aku cau balik homestay dan qada tido.

Itu saja pengalaman temuduga mbbs dekat  msu. Sekarang tunggu keputusan dari msu. Dan 2 hari lepas aku dapat call yang aku berjaya. Cuma sekarang miya tengah confuse nak ni kemopto. Msu nk kena ada duit byk, loan. Opto disebabkan uitm, jimat sikit. Apa apa kena istikarah dan tanya hati. Thanks for reading my blog.