Assalamualaikum..
Sisipan angin meniup indah rerambut aku agar berkibaran. Namun, jasad nya tetap terpaku tak berintonasi. Keras di bangku putih. Fikiran menerawang jauh entah ke selatan mana. Tiba tiba, satu dentuman guruh mengejutkan aku lantas meleraikan segala. Lalu, bangkit lah aku dari mimpi kekecewaan.
Dek hati dirobek, semangat melayang. Aku mula tutup buku biochemistry aku, lantas, menutup suis lampu dan terus ke kamar aku. Mahu beradu aku, mahu mencari nafas ketenangan.
Semenjak aku menginjak dewasa. Makin meningkat umur, makin bertambah ujian sebenar kehidupan ditempuhi. Segala ujian ini tak pernah aku terfikir untuk berlaku dalam hidup aku. Sekali aku pejam mata, ia bagaikan suatu hadiah misteri yang mewarnai kehidupan disebalik ketabahan melaluinya. Tersenyum aku bila berfikir.
Jejari aku pantas menaip bait bait ayat di tablet milik aku ini. Aku tertanya, di setiap kekecewaan, muncul lagi kekecewaan? Kenapa perlu begini? Adakah kerana aku menyakiti hati insan lain lantas aku dibalas sebegitu juga?
Ya Allah, aku mintak satu sahaja. Jikalau dia bukanlah terbaik bagi aku, ambil lah perasaan yang ada di hati ini dan dibuang jauh lah. Aku tidak sanggup menghadapi. Biarlah aku tak merasa dugaan ini, tak mencuba segala ini. Cuma pintaku, hadir lah insan benar benar untuk aku. Terlalu sakit bila perasaan datang tetapi tak berteman.
Memang, segalanya fitrah manusia. Kalau mampu jauh kanlah biar hati aku tak kecewa lagi. Dan bahagia datanglah pada aku.
Sekian :)
Monday, 14 December 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)