Assalamualaikum .. uwahh, sudah lama tuan tanah tak jejak ke sini. Maklumlah banyak tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai pelajar, sebagai pekerja, sebagai anak, sebagai sahabat dan banyak lagi lah sebagainya. Apa apa pun, chill lah, september is coming.
Sebut saja pasal september, berdebar pulak hati. Macam mana tidaknya, miya bakal menjejakkan kaki di msu shah alam sebagai medical student di sana. Macam macam tanggapan bermain di fikiran, walaubagaimana pun, doa doakan lah semoga segalanya selamat :)
Sebut saja pasal september, sedih pulak hati ni. Tengok kawan kawan uitm dah gah meneruskan degree nya di uitm masing masing. Terasa pula diri ini kecil saja. Tapi tidak mengapa *pujuk hati. Tak kurang 18 hari lagi nak tinggalkan insan insan tersayang sekeliling miya. Ayah, adik beradik, sahabat andai, orgny sering tak putus putus membantu, miya sayang korang dan inshaAllah ini jihad pilihan miya demi semua. InshaAllah.
2 3 hari lepas, msu dah call segalanya sudah pun settle, tinggal bayaran yuran dan daftar sahaja belum. Apa apa pun miya harap segala selamat sejahtera hendaknya. Ameen..
P/s: buat kawan kawan uitm, miya rindu korang. Uitmdihatiku selamanya. Karna, dari sini bermula segala dan seterusnya bakal miya teruskan sebagai medical student. Thanks!
Thursday, 10 September 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)