JellyPages.com

Saturday, 29 March 2014

asasi, matrik, diploma. mana satu pilihan anda?

assalamualaikum semua.. perghh, berhabuk je blog nie. al-maklumlah dah lama miya tak update. sekarang kan, tgh final exam fever, so of course la busy ka. hewhew. but the way, kesempatan miya yang ad ni sementara nak tunggu paper physic 03hb nie, baiklah miya nak terang apa beza asasi, matrik and diploma. lagi-lagi adik2 yang spm hari tu tengah berlumba-lumba nak pilih universiti kan, meh sini kakak miya tolong terangkan. kakak? ayookk, dah tua rupanya hamba niey. heeee. ohh, btw, tahniah and syabas yea kepada adik-adik spm 2013/2014 hari tu yang dapat straight As. yang tak berjaya macam kakak miya nie bersyukurlah anda sudah berjaya melepasi tahap spm dan bakal melangkah ke universiti yang terindah ini. ehh indah ker? cuba dulu baru tahu.

*ok, proceed to the main point.

asasi....

  • belajar sekejap je. setahun je.
  • tahap pembelajaran agak complex and fast. sebab....... yelaa dh masa singkat tentu 2,3 chpter dihumban satu masa.. tapi ramai je success. dont worry baby.
  • nak masuk asasi minimum subjek sc tak bole ada c. but,for asasi pintar, surely lah nak straigh As
  • jenis asasi ditawarkan di malaysia commonly; asasi sains hayat (biology),asasi sains fizikal (fizik), asasi undang-undang, asasi pintar dan asasi tesl
  • universiti yang menawarkan; uitm, uia, ukm, dan um
  • peluang nak sambung degree; sangat tinggi untuk buat asasi if pointer daebak lah. kalau pointer cukup-cukup makan je. sama je dengan pelajar lain
  • peluang nak sambung degree oversea; sangat tinggi but pointer seperti sedia maklum lah kene daebak. *at least 3.5 and above.
  • ramai tak nak masuk asasi; ramai giler sebab fast track. boleh jimat umur dan masa untuk terus ke degree. sape-sae nak kahwin awal dialu-alukan lah yea :)
  • spesifikasi; asasi lebih spesifik than matrik sebab asasi ni kan under universiti. possibility nak sambung degree lebih tinggi kerana budak asasi bakal menjadi anak emas untuk university itu sendiri. of course anak emas dipilh dulu. untuk pohon universiti lain dari universiti yang dia ambil untuk asasi pun, asasi diberi priority.
  • elaun: diberi elaun

  • pelung nak kerja; NO! sijil asasi tak laku dibuat kerja. 

    • matrik....
      • belajar sekejap gak. setahun ( program satu tahun ), and ada dua tahun ( program 2 tahun )
      • tahap pembelajaran;agak complex and cepat jugak
      • modul; ada 3 modul ( student boleh pilih)
      • syarat-syarat; nak masuk matrik tak perlu dapat straight As. ramai yang pilih matrik bagi students biasa-biasa je sebagai jalan pintas
      • elaun: diberi elaun jugak
      • peluang sambung degree: tinggi tapi tak setinggi budak asasi. if pointer cukup-cukup makan je, nanti dapat kos lelong. kesian!!
      • peluang sambung oversea: tingii. mostly dapat 4 flat buat medik ke indon. weyy, indon pun oversea jugak. take note!
      • spesifikasi; tidak spesifik sebab matrik bukan bawah universiti mana-mana. so, student matrik perlu ganbatee2 untuk sambung degree
      • life; happy and cool je
      • ramai tak masuk matrik; berlambak!
      • matrik ditawarkan; kos sains and perakaunan
      • pelung nak kerja; NO! sijil matrik tak laku dibuat kerja. 
      diploma....

      • belajar lama.. 3 tahun kak tapi puas hati
      • pembelajaran; biasa-biasa je. (tipu sape cakap relax!)
      • syarat nak masuk; pelbagai depend pada kos yang berminat
      • peluang sambung degree;tinggi tapi budak asasi and matrik diberi keutamaan
      • peluang ke overseas; biasa-biasa je. certain kos je menawakan. macam diploma sains, then nak sambung degree in medical program kat indon. (indon lagi mek.)
      • peluang bekerja; sangat tinggi. sijil diploma amat laku dibuat kerja
      • elaun; tidak diberi and pinjaman ptptn disediakan  *boleh pohon biasiswa jpa jika dapat 3.5 and above
      • spesifikasi; spesifik kerana under universiti.
      • sijil; company lebih suka pelajar yang ada sijil diploma + degree than asasi + degree and matrik+degree. katanya budak diploma + degree softskill tinggi.
      • kos ditawarkan; pelbagai; sains, sastera, undang-undang, art and design, tesl and banyak lagi. *boleh rujuk kpt.
      • universiti ditawarkan; banyak; uitm, unisza, upm, umt, utm and banyak lagi lah sayang-sayang semua. *juga boleh rujuk kpt

      itu sahaja dari miya. semua ada pro and contra nye. ukur baju di badan sendiri. bijak memilih bijak memakai yea adik-adik. selamat maju jaya semua.
      p/s: jangan lupa doakan akak miya yang comel nia berjaya dengan cemerlang dalam final exam ini.